Popular Posts

Thursday, February 10, 2011

Baru Keluar Hospital







Salam Pagi Penuh Keceriaan...

Lebih seminggu MummyK tak update blog ni. Sebenarnya, MummyK tidak sihat. Sudah
hampir 3 minggu Mummy K diserang athma d
an batuk2. Dalam keadaan MummyK sekarang yang sedang hamil 6
bulan kandungan ke 6 (tapi anak ke 4), keadaan kesihatan begini terasa amatlah membebankan. Bayangkanlah...setiap kali MummyK bernafas, akan ada satu irama muzik yang mengejek MummyK, segala pergerakan MummyK amat terbatas namun....MummyK masih mampu ketawa kua
t apabila ada rakan2 yang pandai membuat jenaka.
Hari Isnin yg lalu, 07022011, MummyK diserang athma yg teruk. MummyK terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menerima
rawatan selanjutnya. Alhamdulillah, MummyK bersyukur kerana masih belum terlewat untuk menerima rawatan. MummyK dimasukkan ke ward Kenanga 2A di bawah pengawasan sepenuhnya atas ABA(MummyK pun xtau singkatannya utk apa) tapi MummyK tak dibenarkan diletakkan di dalam bilik @ berada di Kelas 1...katil Mummy K betul2 berada di depan kaunter nurse2 yang bertugas. Kata doktor pakar dada, MummyK diserang uncontrolled athmatic. So, MummyK diletakkan Under observation!!!!


Bukan hanya pujian tetapi ikhlas, staff2 yang bertugas di Ward Kenanga 2A ni semuanya baik2 dan mesra2 belaka terutamanya mereka yang bertugas syif malam 7, 8, 9/2/11 dan yang bertugas syif pagi 8,9,10/2/11...Mereka betul2 ikhlas dalam menjalankan tugas serta berdiplomasi.... Cara psikologi mereka membuatkan para pesakit cepat sembuh. Cuma MummyK agak terkilan dgn cara layanan beberapa staff yang ber
tugas syif petang 8,9,10/1/11...mereka ini agak sombong dan berkira dlm menjalankan tugas.


Doktor2 yang bertugas juga amat bertanggungjawab tak kira samada doktor biasa @ pakar2. MummyK benar2 teruja. Mummy K berada dalam ward selama 4 hari 3 malam (hampir2 nak jd 4 malam juga). Pada 1 tghari, 10022011- Khamis, para doktor2 yg merawat MummyK menyatakan bahawa MummyK boleh discaj dr ward pada hari tersebut. Suami Mummy K tiba pada pukul 3.30ptg utk menjemput
MummyK tapi kata nurse2 sombong yg btugas pada syif petang,
mereka belum siapkan prosedur tersebut.

Tunggu punya tunggu sampailah pukul 6.30ptg barulah prosedur tersebut dikeluarkan. Suami MummyK pun turun utk mengambil ubat dan memproses bil. Selepas itu barulah mereka menyerahkan segala surat janjitemu MummyK dan juga surat cuti. Nasib baik MummyK mengambil masa membelek semua surat2 tersebut maka terjumpalah kesilapan teknikal yang dilakukan. Doktor telah memberi cuti kepada MummyK sehingga 14022011 tapi di atas surat cuti hanya sehingga 100211 sahaja. Hal yang sama turut berlaku kepada teman seruang dan sepenyakit dengan MummyK. Bukan MummyK tak bersyukur tetapi MummyK memerlukan rehat dan sembuh sepenuhnya sebelum meneruskan tugas2 MummyK. MummyK pun meminta penjelasan seterusnya dr mereka...Kekalutan menerpa, doktor yang bertugas telah memotong tarikh tersebut, meletakkan tarikh baru dan menurunkan tandatangan beliau. Suami MummyK pun berkata apa yang dia tahu, surat cuti tak boleh diubah suai tetapi jawapan yang mereka beri: "Tak apa, klu pentadbir MummyK xpercaya, suruh call ke ward,mereka akan terangkan segalanya". MummyK rasa lucu yang amat sangat...xsangka betul doktor dan staff nurse pun xtahu prosedur tentang surat cuti...Klu MummyK sihat masa tu, memang MummyK ketawa tguling2 dah....
Setelah menerima teguran dari suami MummyK, barulah doktor tersebut menghubungi orang atasan. Hasilnya, doktor tersebut ditegur kerana mengubah surat cuti tersebut dan dia perlu mengeluarkan surat cuti yang baru kepada MummyK. Apalagi, berubah lah muka2 manusia2 yang sombong tadi menunjukkan ketidaksenangan hati mereka....Dah buat kerja silap kenalah perbetulkan...Selepas itu, mereka makin melengahkan masa untuk menyelesaikan hal tersebut sehinggalah pukul 8.00 malam barulah selesai segalanya .baru MummyK dan teman sepenyakit dapat pulang ke rumah. Syukur semuanya telah selesai dan MummyK harapkan perkara sebegini takkan berulang lagi.

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai manusia dan juga pekerja haruslah melayan pelanggan yang berurusan dengan kita sebaik mungkin...Janganlah memandang serong dan memberi layanan lebih kurang sahaja kerana padahnya berbalik kepada diri kita sendiri. Inilah yang berlaku kepada petugas2 syif petang tersebut yang terpaksa melakukan kerja yang sama berulang kali kerana sikap mereka yang lepas tangan.

MummyK ingin meluahkan segala kasih sayang MummyK kepada suami tercinta, anak2, kedua orang tua, abang kakak serta rakan2 MummyK yang memberi dorongan yang penuh kepada MummyK sepanjang berada di hospital. Terima kasih semua.

2 comments:

  1. Salam.. Syukurlah akak dah sembuh. Sabar ye kak, sakit itu ujian dariNya. Terima kasih sebab sudi menulis komen di blog Nur.. SAlam perkenalan. ~Jaga diri baik2 ye..

    ReplyDelete
  2. TQ Nur...akak beransur sembuh n dah start kerja pun....

    ReplyDelete