Popular Posts

Monday, May 2, 2011

Allah Masih Sayangkan Kamu

Peluk Islam selepas murtad


KOTA BHARU - Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dia sudah insaf dan kembali memeluk Islam.

Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa semalam.

Mohamad Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.


Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

No comments:

Post a Comment