Popular Posts

Friday, February 11, 2011

Untuk Renungan Kita Bersama

Apakah ciri ciri anak yang baik

1 Taat kepada Ibubapa kecuali perkara maksiat yg menyekutukan Allah

2 Beradab bila bertutur dgn keduanya jangan asyik nak merengus dan marah sahaja

3 Selalu kucup pipi dan dahi keduanya

4 Memuliakanya, jangan bila di minta baru nak beri

5 Tolong bantulah kerja kerja tanpa di suruh

6 Sentiasa menjaga kehormatannya, nama baik dan juga harta bendanya

7 Kalau di panggil jangan buat pekak. Kalau ibu anda terasa di hatinya, anda boleh boleh jadi tuli kalau Allah tarik pendengaran anda...Nauzubillah....

8 Jangan meninggikan suara, kalau suara ibu anda tinggi pada anda maka anda diam sahaja

9 Kalau dia sedang bercakap jangan potong percakapannya

10 Jangan keluar rumah tanpa izin keduanya

11 Jangan mecacatkan hati dan perasaannya dgn perbuatan yg dia tidak suka

Kalaulah anda memuliakan ibubapa maka kehidupan anda sangat aman dan umur anda di berkati dan anda jangan lupa anak yg soleh itu di jamin SYURGA. Kalau anda membuat hati Ibubapa anda gundah gulana atas dunia lagi seluruh kehidupan anda tidak di berkati dan amalan anda tiada maknanya.

No comments:

Post a Comment